Jumaat, September 09, 2011

Tazkirah Dan Sambutan Hari Raya Perpustakaan

Jumaat, 9 September 2011. Pagi ini seperti dirancangkan, telah diadakan tazkirah dan sambutan hari raya peringkat Perpustakaan UTeM. Aktiviti ini diadakan di Ruang Legar Unit Perolehan.

Pukul 8.45 pagi, semua staf berkumpul di lokasi majlis. Penceramah yang memberikan tazkirah ialah Ustaz Muhammad Ridhwan Mohd Danian, Pembantu Hal Ehwal Islam, Masjid UTeM.



Tajuk tazkirah ialah 'Kesyukuran di Aidilfitri.' Dengan masa yang diberikan agak singkat, Ustaz Muhammad Ridhwan cuba mentakrifkan erti kesyukuran. Menurutnya kesyukuran ialah kegembiraan dan kemenangan setelah menjalani puasa di bulan Ramadhan.

Beliau memuji staf perpustakaan kerana ramai yang terlibat menjadi sahabat Pusat Islam dalam menjayakan program bubur lambuk tempohari. Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan untuk disalurkan kepada rakyat Somalia mencecah RM3000 tidak termasuk kutipan-kutipan daripada pegawai-pegawai kanan universiti.





















Menurut beliau lagi, sempena Syawal, ada baiknya umat Islam menunaikan puasa enam. Katanya ada beberapa pertanyaan tentang mengqada puasa wajib dengan puasa sunat serentak dan beliau berpendapat ia harus diasingkan. Seperti juga sembahyang wajib dan sunat, ianya tidak boleh disekalikan.

Jam 9.10 pagi, diadakan sambutan hari raya. Jamuan hari raya ini dirancangkan dengan inisiatif staf-staf perpustakaan sendiri. Ada nasi impit, bihun goreng, mee goreng, karipap, kuih-muih raya dan buah-buahan.

Semoga majlis sebegini dapat diadakan pada masa hadapan dengan lebih terancang agar perjalanan majlis lebih teratur.

Pix: Kredit kepada Jefridzain & Qalam Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan