Isnin, September 12, 2011

Memenuhi Undangan Jamuan Hj. Aziz

Semalam, kami menerima undangan daripada Hj. Aziz dan isterinya yang menjemput kami sekeluarga ke jamuan keluarga yang dianjurkannya di Medan Selera Pantai Puteri.

Jamuan keluarga bermula pada jam 8.30 malam di Gerai Mesra Ria Yong Tau Foo. Gerai ini memang popular di Melaka dan merupakan salah satu destinasi penggemar makanan yong tau foo. Kami bergerak dari rumah selepas solat Maghrib dan sampai lebih kurang pukul 9.00 malam.



Sewaktu kami sampai, ramai kaum keluarga, besan dan jiran Hj. Aziz yang telah sampai dan menikmati makanan tersebut. Kami bersalaman dan berbual-bual. Kemudian kami dijemput memilih makanan di dalam gerai tersebut. Ida memesan semangkuk besar yong tau foo untuk anak-anak manakala aku memilih nasi goreng sahaja.

Hampir jam 10.00 malam, kami bertolak balik ke rumah semula setelah semua yang hadir menikmati makanan yang dipesan.

Terima kasih buat Hj. Aziz yang sudi menjemput kami sekeluarga. Semoga bertambah rezeki beliau hendaknya...

p/s: Maaf, foto tidak berapa sempurna...















Tiada ulasan:

Catat Ulasan