Ahad, September 11, 2011

Cerekarama Ohhh Haram

Secara kebetulan semalam sewaktu balik dari makan malam di luar, aku menonton bola di Astro. Semasa iklan, aku menukar-nukar saluran dan akhirnya minat aku terpaku pada telefilem Cerekarama TV3 bertajuk 'Ohh Haram.'



Sinopsis cerita seperti berikut:

Ohhh Haram mengisahkan tentang Rahimi, anak Fazil dan Faridah yang baru sahaja menamatkan pengajian Usuluddin di Isketambola setelah lima tahun tidak pulang ke tanahair. Rahimi dahulunya seorang yang periang dan lembut kini menjadi tegas tidak bertempat.

Kepulangan Rahimi membataskan banyak aktiviti dan rutin seisi keluarga, apa sahaja yang tidak betul di mata Rahimi akan ditegah. Kegembiraan buat Ain bertukar menjadi perbalahan adik-beradik. Suatu hari, motor yang ditunggang oleh Rahimi gagal dikawal, dia dan Ain terjatuh. Ain diserang Asma dan keadaan dia semakin sesak. Farhana dan Zali cuba mencari ikhtiar malangnya tiada kereta yang lalu di jalan itu mahu berhenti bila ditahan.



Cerita ini membawa banyak pengajaran seperti cara berdakwah perlu berhemah, tidak terlalu taksub dan tidak menyinggung perasaan orang di sekeliling.

Pelakon: Aqasha, Sharifah Amani, Jalil Hamid, Hamidah Wahab, Rita Rudaini.

Cerita penuh:


1/8


2/8


3/8


4/8


5/8


6/8


7/8


8/8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan