Khamis, September 08, 2011

Hari Raya Kelima - Rumah Terbuka Amiruddin

Selepas Isyak, kami ke rumah terbuka Amiruddin di Taman Desa Duyong. Amiruddin atau nama timangannya Kodin merupakan adik kepada Tijah dan beliau mengadakan rumah terbuka untuk ahli keluarga terdekat sahaja.



Malam itu, selain mee kari, tuan rumah juga menyediakan sate, kuih-muih dan buah rambutan. Ahli keluarga yang dijemput tidaklah datang serentak sebaliknya berperingkat-peringkat.







Bila berjumpa, kami berbual panjang. Ada sebahagian ahli keluarga sudahpun pulang ke kediaman mereka di luar Melaka. Bual punya bual, akhirnya jam 11.30 malam, kami beredar daripada majlis setelah bersalaman dengan Kodin.

Walaupun sudah masuk lima hari di bulan Syawal, kemeriahan sambutan hari raya masih terasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan