Selepas beraya di rumah terbuka Sarah, kami dua keluarga dengan dua kenderaan bergerak keluar dari Surian Condo, Mutiara Damansara. Destinasi seterusnya ialah Taman Seri Kundang, Kundang, Selangor. Kami sempat menyemak laluan melalui Google Maps di internet bagi memastikan laluan kami adalah jalan yang betul ke sana.
Kami memasuki Lebuhraya Utara-selatan dan kemudian keluar melalui Plaza Tol Sungai Buloh. Jalan ke Kundang memang tidak pernah kami lalui sebelum ini dan kami redah sahaja. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami sampai di Kundang melalui jalan lama. Jalannya tidak berapa sempurna tetapi dekat.
Hampir Maghrib, kami sampai di rumah rakan belajar Ida semasa di UiTM Melaka dulu, iaitu Nazlifah Mustafa atau gelaran Nelly. Kawasan perumahan ini ialah tanah lot yang dibeli dan dibina rumah kediaman. Menurut Ida, rumah Nelly menggunakan bahan-bahan yang agak mahal dan disebabkan itu harga rumah ini menjangkau sehingga RM300,000.00.
Secara kebetulan ada rakan-rakan Ida yang lain seperti Rosmah dan Kak Maya dengan ahli keluarga mereka. Lama tak jumpa banyak perkara yang dibualkan menyentuh hampir semua aspek.
Sambil-sambil itu aku melihat-lihat kolam ikan yang dibina di bahagian tepi rumah serta lanskap di bahagian luar rumah yang direka oleh Nelly dan suaminya.
Pukul 8.30 malam, setelah sesi foto berakhir, kami meminta diri untuk bergerak pulang.
Melihatkan rumah Nelly yang tersergam indah, terdetik pula di hati bila pula kami akan membina rumah seperti itu. Insya-Allah, akan kami usahakan suatu hari nanti...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan