Jumaat, September 30, 2011

Raya Di Rumah Sarah

Sabtu, 17 September 2011. Pukul 1.00 tengah hari, keluarga aku dan keluarga Farok bergerak dengan dua buah kenderaan ke Mutiara Damansara. Kami ingin beraya di rumah Sarah. Sarah ialah isteri kepada Yunus iaitu abang sulung Ida.



Pukul 2.15 petang kami sampai di kediaman beliau iaitu Surian Condominium. Nak masuk ke kondo ni susah sedikit kerana perlu mendapatkan pas masuk daripada pengawal kondo. Setelah mendapatkan kebenaran masuk, kami bergerak ke kediaman beliau di tingkat dua kondo tersebut.

Sewaktu kami sampai, ramai rakan-rakan Haris, Danish dan Lokman, iaitu anak-anak Sarah sedang menjamu selera. Yunus masih di Labuan kerana ada urusan kerja.

Kami dijemput makan dengan pelbagai juadah seperti sate, spaghetti, buah-buahan dan juga kuih-kuih raya.

Pukul 4.00 petang, Hazwan dan ahli keluarganya sampai. Kami makan-makan sambil berbual. Di samping itu, ada di antara kami yang mengambil kesempatan mencuba kerusi urut Ogawa yang sememangnya ada di ruang tamu rumah tersebut. Anak-anak mencari Damia Nur Qistina untuk bermain-main dengannya.















Pukul 6.30 petang, kami meminta diri untuk ke satu lagi destinasi di Negeri Selangor ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan