Jumaat, September 30, 2011

Farha Dengan Buah Anggur

Sebenarnya aku suka merakamkan foto secara candid kerana ianya nampak natural sahaja. Bagi foto ini, aku merakamkan pergerakan Farha, anak bongsu Farok dan Roziah. Semalam semasa di rumahnya, aku lihat Farha kerap menghampiri Mak Munah untuk mendapatkan buah-buah anggur yang sedang dimakan oleh neneknya.



Farha berusaha menjengkitkan kakinya untuk mencapai buah-buah anggur di dalam bekas kaca. Nyata kesungguhannya melalui riak wajahnya yang agak serius.



Setelah memilih dan menarik buah anggur dari tangkainya, beliau membuat aksi seolah-olah berjaya dengan usahanya itu.



Akhir sekali Farha dengan segera memasukkan buah anggur tersebut ke dalam mulutnya. Kanak-kanak ini berusaha sendiri 'mencari makan' di tengah hiruk-pikuk tetamu yang hadir petang itu. Syabas, akhirnya beliau berjaya dengan usahanya itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan