Jumaat, September 30, 2011

Singgah Raya Di Rumah Hazwan

Sebaik bergerak dari rumah Nelly di Kundang, Selangor, kami mengikut jalan lama hingga ke Plaza Tol Sungai Buloh. Dari sana kami menyusuri masuk Lebuhraya Utara-Selatan dan bergerak hingga ke Plaza Tol Putrajaya.

Kami sebenarnya bercadang untuk beraya di rumah Hazwan, anak sulung Busu Jamil di Puchong. Aku tidak arif dengan laluan ke rumah beliau dan hanya mengikut kenderaan yang dipandu oleh Farok.



Pukul 9.45 malam, kami sampai di sebuah rumah pangsa di Puchong. Aku tidak ingat nama rumah pangsa tersebut tetapi jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari Plaza Tol Putrajaya.

Kami singgah di rumah sewa Hazwan. Rumah pangsa tidaklah besar, hanya ada 2 bilik dan dapur sahaja. Bagi mereka yang baru berkahwin mungkin ianya sesuai tetapi bila ahli keluarga sudah bertambah, perlu mencari alternatif baru.



Kami dijamu dengan kuih-kuih raya dan mee goreng. Kami berbual bermacam perkara manakala Ifa, Miza dan Alim bermain dengan Damia Nur Qistina, anak perempuan sulung Hazwan dan Hasyikim.




Pukul 10.30 malam, kami meminta diri untuk pulang ke Putra Heights. Sesungguhnya dapat berjumpa dan menziarahi ahli keluarga yang lain sememangnya suatu rahmat di mana ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan