Ahad, 18 September 2011. Petang ini kami sekeluarga akan pulang ke Melaka. Kami perlu sampai sebelum jam 6.00 petang untuk menghantar Arif balik ke asrama SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka.
Semalam aku berjanji dengan anak-anak untuk menemani mereka bermain di taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Putra Heights. Namun begitu permintaan mereka tidak dapat aku tunaikan kerana tengah hari ini hujan lebat. Alim mendesak aku untuk menunaikan janji tetapi aku memberikan alasan hujan.
Akhirnya aku mendapat idea untuk memenuhi permintaan mereka. Pukul 1.00 tengah hari, aku membawa anak-anak ini ke taman permainan kanak-kanak di kawasan membeli-belah Giant Putra Heights yang terletak tidak jauh daripada rumah Farok.
Sewaktu kanak-kanak ini bermain-main di taman permainan, aku hanya duduk memerhatikan mereka sambil melihat-lihat persekitaran taman permainan itu. Setelah sejam di sana, kanak-kanak ini mula merasa bosan kerana hanya itu sahaja permainan yang ada.
Akhirnya aku membawa kanak-kanak ini membeli ais krim dan waffle. Apabila kanak-kanak ini mendapat apa yang dihajatinya, aku memujuk mereka pulang. Kesemua anak-anak ini setuju.
Pukul 2.30 petang, kami pulang ke rumah Farok. Pukul 4.00 petang, akhirnya kami bergerak pulang ke Melaka.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan